Pages

Click2 :)

Wednesday 28 March 2012

Siapa berhak dapat hasil ‘salam kaut’ ?


Soalan :
PADA zaman sekarang, amalan ‘salam kaut’ bertujuan membantu meringankan beban pengantin kerana sudah banyak habiskan wang ringgit untuk majlis terutama pengantin lelaki, sudah menjadi perkara wajib.
Sebenarnya siapa yang lebih berhak untuk mendapat hasil ‘salam kaut’ itu?
Seperti sedia maklum tetamu yang hadir meraikan pengantin hanya sempat bertemu mak atau ayah pengantin bagi menyampaikan sumbangan itu.

Jawapan :

SAYA berpandangan ‘salam kaut’ yang dimaksudkan di sini pemberian yang berbentuk wang ringgit daripada tetamu jemputan kepada ibu bapa pengantin ketika majlis walimah urus.

Pada kebiasaannya ia diberikan apabila tetamu berjumpa kembali dengan tuan rumah selepas menikmati hidangan untuk meninggalkan majlis itu.

Secara umumnya wang itu diambil keluarga sebagai sebahagian daripada kos majlis walimah berkenaan. Ini kerana kos majlis walimah ditanggung keluarga.

Pemberian lain daripada tetamu seperti hadiah biasanya kepunyaan pengantin. 

P/s: daripada sesi soal jawap oleh Dr. Abdul Salam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...