Pages

Click2 :)

Wednesday 26 September 2012

Ibu Mertua

Di sini ingin saya kongsikan video ceramah Ustaz Mohd Hanafiah Abd Malek dari rancangan Tanyalah Ustaz di Tv9.. Banyak ilmu yang bermanfaat dari jawapan yang di ajukan oleh ustaz.. sama2 la kita ambik ilmu untuk kesejahteraan kehidupan dalam berumah tnggan serta cabaran.. Semua nya indah Dalam Islam :).. bermula dari 6.30 pagi..


Tuesday 25 September 2012

Ikatan Kasih

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, “Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy.” Katanya lagi, “Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.” (Hadis riwayat Muslim)


Seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan tidak akan pula mencintai dan dicintai.

Jodoh sebenarnya sudah di tentukan dan sudah tertulis oleh Allah semasa kita berusia 4 bulan di dalam perut ibu kita.. Dalam waktu itu Allah sudah tentukan jodoh, rezeki, anak berapa, kerja apa dan semua nya sudah di tentukan dan jika manusia yang beriman akan ketentuan yg di tetapkan olehNya manusia itu akan sentiasa berjiwa tenang.. (ustaz azhar)

Dalam apa-apa saja perhubungan yang telah pudar kasih dan sayangnya, kenalah muhasabah diri dan buat check list, adakah kita masih menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya?


YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sebagai mengukuhkan sayang terutama kepada yang sudah mempunyai hubungan yang halal dan juga bagi yang berniat Kerana AgamaNya kepada seseorang amalkan la surah ini yg diberi oleh guru saya.. semoga sama2 kita manfaat kan.. Insyallah  


Terjemahannya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali-Imran, 31)

Monday 24 September 2012

some say love

Lagu yang menyentuh hati bagi mereka yg merasa perit dalam percintaan sesama manusia..
sesunguhnya cinta pada Allah dan rasulnya adalah cinta abadi.. apa2 pun kita berkngsi lirik2 bagi readers semua..



"Seandainya satu hari nanti aku dan dirinya dijodohkan bersama, biarlah jodoh itu datang dari ALLAH, dan bukanlah jodoh itu datangnya dari JIN dan SYAITAN, kerana aku ingin bersamanya hingga ke akhir hayat dan bertemu semula di Syurga Firdaus :) "

Tuesday 18 September 2012

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku

Amin :')


Ku mohon


Ku mohon pada mu ya Allah.. Tunaikan la hajat mu ini..

Hamba mu ni sesunguhnya tidak kuat.. Tiada kekuatan


Monday 17 September 2012

Teringat.. Rindu..


Apa yang ingin aku katakan pada masa dan ketika ini..Aku tersangat rindu padanya.. Bila saja bangun pagi ini aku merasakan kehilangannya tersangat.. Perasaan sedih berselubung duka kerana jika dia tahu yg aku amat ternanti2 kan msej darinya ataut setakat miscol pun dan ckup bagiku bagi mengubat skit sebanyak walaupun kita dalam keadaan bertenang.. dan aku mengharapkan kamu pun begitu


Sesunguhnya kehilanganmu berat bagiku.. Sememangnya diriku sgt ingin berubah supaya lebih matang dalam semua hal dalm urusan kerja mahupun urusan peribadi dan diri ini mengharapkan dia juga yakin dengan kesungguhan untuk merubah semua ini.. memang aku yg salah..

Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu

Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu

Saturday 15 September 2012

Official Iphone 5

Video ni adalah video yg sbnarnya dari pihak iphone kerana sbelum ni banyak sangat video2 yg mengarut bercerita mengenai pelancaran ni.. video ini di upload pada tarikh iphone 5 di lancarkan (12/9/2012)


Friday 14 September 2012

Mimpi apakah?


Pagi tadi aku bermimpi tentang somone yang mana bakal isteri jika di izinkan..insyallah..
Al-kisah nya mmpi begini.. aku berhenti kerja dan hntar surat resign pada dia yg dlam mimpi ini dia adalah seorang pengurus atau pemilik satu perniagaan yang mana aku bekerja disitu.. Dan tetiba aku ingin bekerja kembali dan bertnya.. "bos adakah saya perlu isi form untuk mintak kerja balik" tapi dia cuma tersenyum.. dan mimpi hanya setakat itu...Hehehe..nakal kan


Tuesday 11 September 2012

JODOH Ku BersamaNYA

 Jodoh adalah ketentuan tuhan.. Ilustrasi membawa maksud yg mndalam dari lubuk hati kita..



Petua Imam Syafie

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Wednesday 15 August 2012

Gadis dirogol, dibunuh

KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.

Pengunaan Pengesan AES oleh PDRM

Dalam usaha mendidik masyarakat mematuhi undang2 jalan raya, ops selamat diperkenalkan oleh PDRM menggantikan ops sikap.. walaupun begitu tugas2 polis adalah sama cuma ada penggunaan teknologi di pertingkatkan dengan penggunaan sistem pengesan AES (Automatic enforcement system) hasil dari kerjasama JPJ, MIROS, PDRM dan JKJR..


Penggunaan teknologi sistem akan memungkinkan beberapa kamera pengesan di beberapa lokasi "panas" yg sentiasa berlaku kemalangan bagi memerangkap kenderaan yg dipandu laju dengan lebih tepat serta detail..

AES akan merakam pengguna yg melakukan kesalahan sahaja iaitu kesalahn memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat di persimpangan. Menerusi sistem ini pesalah trafik akan dirakam secara automatik tidak kira siang atau malam dan menurut pihak PDRM ia nya akan beroperasi 24 jam dan sepanjang tahun kerana ia tidak menggunakan manpower untuk beroperasi..


Wednesday 1 August 2012

BMW HP4 supersports bike dari acuan S1000RR


BMW telah melancarkan model terbaru motosikal berkuasa tinggi yang akan memasuki adik beradik high Performance (HP) iaitu model BMW HP4, seperti juga adik beradik HP sperti HP2 Enduro, HP2 Megamoto and HP2 Sport yang semua mengikut model Motorrad sedia ada dan mungkin para peminat superbike perasan model ini dari segi luaran adalah lebih kurang sama dengan BMW S1000RR yang mendapat gelaran superbike terpantas.

Di bekalkan dengan Dynamic Damping Control DDC system, yang membenarkan rendaman dinamik pada fork dan juga spring absober. Ini menjanjikan kawalan yang lebih baik dalam kelajuan tinggi.

Monday 30 July 2012

Buta akibat letupan mercun bola


Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.

Tuesday 19 June 2012

2013 Pagani Huayra [gambar]

Eksklusif, mahal dan satu lagi mainan bagi pengumpul kereta exotic yang bosan dengan Ferarri, hanya mahukan sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang kaya lain. Memperkenalkan model terkini dari syarikat pengeluar kereta sport dari italy iaitu Pagani Huayra selepas model Pagani zonda.
Chasis serba baru sepenuhnya dari titanium-infused carbon fiber yang mengurangkan berat kereta ini hanya 3000 pounds dan mempunyai ciri-ciri aktif aerodinamik yang bagus untuk downforce. Nejin berkapasiti 6.0 liter twin turbo V12 dari pengeluar enjin berprestasi iaitu AMG mercedes dan menghamburkan kuas 720 kuasa kuda.
Berupaya memecut sehingga 230 mph @ 370km/h. Harganya tentu lah berjuta2 ringgit dan hanya manusia yang kaya saja mampu memilikinya. Untuk rekod di malaysia ada dua orang yang memiliki model pagani zonda iaitu Datuk Mokhzani Mahathir dan sultan johor, sultan Ibrahim



Wednesday 6 June 2012

Siapa Pok Mang Di sisi Ustaz Azhar Idrus


Ramai orang terutamnya pengikut setia figura anak muda sekarang iaitu ustaz azhar yang belum mengetahui siapa Pok Mang yang selalu menjadi model fotografi Ustaz Azhar Idrus yang banyak di dalam site digitalmukmin.com?
adakah Pok Mang adalah model upahan Ustaz ?
 Di Ulasan Ustaz Azhar ketika di tanya pihak wartawan majalah anis,

" Pok Mang asalnya seornag nelayan yang mencari rezeki di laut pantai Terengganu. Saya mula mengenali beliau apabila saya pergi memancing di laut dengan menyewa botnya. Dia dikenali oleh rakan2 nelayan sebagai Man Dakwah atau Man Janggut dan berasal dari Kg. Ladang, Kuala Terengganu. Dia sangat berminat pada perkara-perkara yang berkaitan agama dan orangnya mudah mesra. "

Tuesday 5 June 2012

Lipas Bersarang DaLam Telinga manusia

Satu lagi fenomena pelik yang berlaku di india apabila seorang jurutera perisian komputer di chennai di mana terdapat lipas di dalam telinga, bersarang dalam telinga..
Amat pelik bagaimana la org tu xrasa lipas bergerak2 dalam telinga tu, sedangkan lipas tu hidup..
banyak cerita atau kejadian pelik slalu di laporkan di negara pesat membangun sperti di china dan juga india

Surat Terakhir Datuk Seri Syed Zainal


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.
Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

Happy

Thursday 31 May 2012

Tentera Rampas Torpedo Narkotik


BUENAVENTURA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia kelmarin memberitahu, pihaknya telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.

Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76 kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.
Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Wednesday 30 May 2012

Goal Celebration.. lawak habis

Kereta Sedan Mungkin Menjadi keluaran Seterusnya PERODUA


PERODUA sedang mengkaji kemungkinan mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini, kata pengarah urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh pada Rabu. 

Aminar bagaimanapun tidak memberikan butir lanjut.
"Ini adalah aspirasi saya. Jika ada peluang dan dibenarkan oleh rakan kongsi dan pemegang saham kami, ini adalah apa yang kami ingin lakukan," katanya kepada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Perodua Sales Sdn Bhd dan UMW Corporation Sdn Bhd.

Dipercayai Perodua mungkin akan bekerjasama dengan UMW Holdings Bhd untuk mengeluarkan model sedan.Aminar bagaimanapun berkata, Perodua tidak berminat untuk melabur dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik.


Kilang Pengeluaran Mitsubishi Mirage

Umum tahu pihak mitsubishi telah mengeluarkan sebuah kereta baru iaitu mirage yg merupakan sebuah kereta kecil ataupun kompak untuk pasaran malaysia. Tapi adakah anda tahu di mana pusat atau kilang dimana kereta ini dibuat? .. jawapannya ialah ia di buat di Chonburi in Thailand.layan gambar2 dibawah sekitar lawatan baru2 ini.



Datuk Seri Syed Zainal Abidin Keluar Proton


Berita terkini dunia automotif negara kita tentang syarikat kereta nasional iaitu PROTON,  Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sudah sah akan melepaskan jawatannya berkuatkuasa 4 julai 2012.

Dan sementara itu Executive Chairman of Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil akan mengetuai syarikat multinasional itu. Sila baca kenyataan di bawah :

Tuesday 22 May 2012

Berpuak- puak di tempat kerja


Berpuak2 di tempat kerja.. pernah kah anda mengalami keadaan begini? klu pernah kita boleh kongsi bersama, bercerita di tempat kerja "kawan" ku ni berkisar bagaimana ada satu puak di bentuk secara tidak sengaja oleh pihak2 yg jenis mulut kecoh dan jenis suka bersukan.. sports person la smua ni. diorng ni apa2 program di tempat kerja mesti libatkan ahli2 dalam puak mereka sahaja dan claim2 akan dapat awok dia je la kiranya.. nak kata cemerlang dalam bekerja xde anugerah atau pencapaian dalam syarikat pun yg dapat. Tapi menurut ckap "kawan" ku ni ialah mulut team leader macam kecoh sgt..ketua puak ni adalah org berjawatan tnggi juga. Dan sebab dia lah terbentuknya puak2 ni secara xsengaja

ingat kita bukan selalu berada di atas, hidup bagaikan pusingan roda.. nanti tiba giliran kita di bawah dan sifat berpuak2 ni akan mendatangkan keburukan dan islam tidak menyukainya.

Monday 21 May 2012

Makna Bacaan Dalam Solat [rohani]

merupakan video terbaru dari hamba Allah untuk umat islam khasnya. makna bacaan solat dalam bahasa melayu supaya rakyat di luar sana mudah menghayati bacaan solat seharian.Menambahkan lagi khusuk dlam ibadat wajib kita :-)

Terkini...Samsung Galaxy S3


Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan Galaxy S III, siri telefon pintar generasi ketiga bagi Galaxy S yang memahami pergerakan pengguna sekali gus menawarkan kebolehgunaan secara maksimum.
Presiden merangkap Ketua Bahagian IT dan Komunikasinya, JK Shin berkata, Galaxy S III mempunyai pelbagai ciri menakjubkan antaranya, mengenali suara dan memahami niat serta membolehkan pengguna berkongsi saat menarik secara cepat dan mudah. 

"Sekiranya anda sedang menaip SMS kepada seseorang tetapi kemudiannya menukar hasrat dan ingin menelefon individu itu, anda hanya perlu melekapkan telefon ke telinga dan ia akan terus mendail nombor telefon orang berkenaan," katanya.


Berbanding telefon pintar lain, Samsung Galaxy S III menyediakan pengalaman canggih antara peranti dan pengguna. Ia mampu menyesuaikan diri dengan mana-mana individu serta cukup pintar untuk mengesan wajah, suara atau pergerakan pengguna.

Sunday 20 May 2012

Cara kreatif buat Penyapu dari Botol

Ilmu bergrafik mengajar bagaimana membuat penyapu dengan menggunakan beberapa botol plastik 1.5liter.
amat bagus dan sgt kreatif.

Sekitar Pelancaran Ferrari 458 Spider

Bermula harga RM1.9 hingga RM2.2 juta anda mampu memiliki Ferrari 458 Spider yg sebelum ni model 458 italia sudah di lancarkan.. kira ni macam adik dia la khas untuk pemilik lelaki yg mementingkan kelajuan dari kecantikan.. Bakal pemilik boleh menempah mengikut design dan colour yg dikehendaki (customize) dan berpeluang melawat kilang pemasangan di itali jika memilih pakej yg di tawarkan oleh pihak naza italia, berkuasa 562 hp at 9,000 rpm dan540 Nm at 6,000 rpm dan mampu mencapai kelajuan 320km/j..Juga mampu buka dan tutup bumbung hanya 14 saat.. so enjoy this picture..



Thursday 17 May 2012

Kemalangan Ferrari, Teksi di singapura

Sebuah kereta Ferrari 599 GTO bertembung dengan teksi di singapura Kejadian berlaku di persimpangan Jalan Rochor dan Victoria pada jam 4 pagi pada sabtu lepas. kesan dari pelanggaran itu enjin teksi tercampak keluar. ferarri ini di syaki melanggar lampu merah. Tiga kematian dalam kemalangan ini, pemandu ferrari warga china, pemandu teksi dan penumpang teksi. Sebagai rekod model Ferrrari 599 GTO merupakan kereta edisi terhad dan hanya 599 unit berada di atas muka bumi.. 


Volkswagen Malaysia

Volkswagen merupakan jenama yang gah di dalam dunia automotif.. Produk2 yang di keluarkan berkualiti tinggi termasuk la design, material yang digunakan ketahanan dan juga kelajuan walaupun kita perasaan di malaysia kereta yg di tawarkan hanya berkapasit 1.2 liter hingga 2.0 sahaja namun mampu memberi kelajuan yang setaraf enjin 2.0 ke atas.. Enjin yang digunakan kecil sekaligus menjimatkan minyak dan kebanyakan model GTI dilengkapi turbo. Di malaysia, pihak pengedar volkswagen malaysia sudah membawa masuk 18 model pelbagai jenis bermula dari MPV, SUV, normal Sedan dan Sport sedan dengan simbol R.


R-series

VW polo

Rumah lutsinar Hanya di Tokyo [konsep]

Konsep yang paling kreatif di sebalik projek ini adalah bahawa rumah  adalah pelbagai.Namun ia tidak mempunyai set lengkap tangga.Berkeluasan 914 square-foot dan rumah konsep ini memenangi Tokyo architect dan di reka oleh Sou Fujimoto. Dibina dari dinding kaca pelbagai bentuk dan saiz, mempunyai 21 "floor plates" untuk penghuni duduk, bekerja, memasak, makan, tidur atau bermain. sesetengah plates lantai disediakan sistem pemanasan bagi memberi keselesaaan pada musim sejuk.Hanya langsir digunakan sebagai melindungi ketika "melakukan" privacy ( cam mandi dan ke tandas)




Wednesday 16 May 2012

Rekaan Konsep Automotif Zaman Perang [gambar]

Zaman perang dunia dahulu pelbagai teknologi pelik2 di cipta khas untuk peperangan seperti senjata, kenderaan, alat komunikasi, alat penyeksaan dan banyak lagi.. Pencipta atau jurutera alat-alat ni semua kebnyakan di paksa oleh pemimpin perang pada waktu itu untuk memenangi peperangan terutamanya pihak nazi.. dan banyak juga tahan sampai la sekrang yg kebanyakannya dah berada di muzium.
entri kali ini mengetegahkan rekaan konsep automotif yg owesome dan ada antaranya yg pelik2.. Layan k.



Tuesday 15 May 2012

Promosi Performance parts Dan Bodykits Proton R3

PROTON Motorsports race sekarang mengadakan promosi untuk produk2 mereka iaitu performance kit dan juga bodykits original secara esklusif bagi pemilik kereta gen2, satria neo dan juga proton isnpira. Bagi mereka yang mahukan yang benar2 asli dan terbukti bagus, inilah masanya.

Maklumat lanjut sila lawati link ini Proton Motorsports. Promosi bermula dari 1 may 2012 sehingga 30 jun 2012

18,243 Bidaan Untuk Nombor 'WWW'


Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Beliau berkata, pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.
"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.

Garis Panduan Tertentu Dalam Sektor Minyak & Gas Akan Ditingkatkan

Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan garis panduan tertentu dalam sektor minyak dan gas di negara ini memandangkan sektor itu memerlukan tahap keselamatan dan spesifikasi risiko yang tinggi dalam pengendaliannya.


Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian memandang serius tahap keselamatan pekerja semasa bertugas dalam sektor ini kerana sudah dua kes berlaku melibatkan industri berkenaan dalam tempoh dua bulan.
Katanya kerajaan dan kementerian melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sememangnya memberi tumpuan yang tinggi kepada tahap keselamatan dalam semua industri, khasnya sektor minyak dan gas.

 "Walaupun kita sudah sediakan garis panduan tertentu yang sepatutnya dipatuhi, akan tetapi sekiranya ada keperluan memperbaiki untuk elakkan insiden sedemikian berlaku, kita akan buat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menghulurkan bantuan kepada Mohd Zamri Fithri Mat Noor, 25, yang masih koma akibat letupan loji gas di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, Selasa.


Kereta Miniature Trailers [gambar]

Ni la hasil kalu dah bosan dan hobi tambah-tambah duit banyak.. ni hasil mereka yg kreatif rakyat amerika sebagai minature kenderaan masing2.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...