Pages

Click2 :)

Monday 26 March 2012

1Malaysia Chopper

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).


Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini.

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

"Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka.

Rekaan motosikal khas berkenaan antara lain menampilkan warna merah, putih, biru dan kuning yang ada pada bendera kebangsaan, logo Tourism Malaysia dan bangunan berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan negara.

"Negara ini pula sangat istimewa kerana rakyatnya sangat mesra dan baru tiga hari di sini, kami telah menyaksikan pelbagai acara yang menarik," katanya.



P/s : Sakit mata jgk tgk kaler 1malaysia ni.. p ok la ada jgk masuk rancangan popular.

Sumber : Sini

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...