Pages

Click2 :)

Thursday 31 May 2012

Tentera Rampas Torpedo Narkotik


BUENAVENTURA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia kelmarin memberitahu, pihaknya telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.

Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76 kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.
Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Wednesday 30 May 2012

Goal Celebration.. lawak habis

Kereta Sedan Mungkin Menjadi keluaran Seterusnya PERODUA


PERODUA sedang mengkaji kemungkinan mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini, kata pengarah urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh pada Rabu. 

Aminar bagaimanapun tidak memberikan butir lanjut.
"Ini adalah aspirasi saya. Jika ada peluang dan dibenarkan oleh rakan kongsi dan pemegang saham kami, ini adalah apa yang kami ingin lakukan," katanya kepada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Perodua Sales Sdn Bhd dan UMW Corporation Sdn Bhd.

Dipercayai Perodua mungkin akan bekerjasama dengan UMW Holdings Bhd untuk mengeluarkan model sedan.Aminar bagaimanapun berkata, Perodua tidak berminat untuk melabur dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik.


Kilang Pengeluaran Mitsubishi Mirage

Umum tahu pihak mitsubishi telah mengeluarkan sebuah kereta baru iaitu mirage yg merupakan sebuah kereta kecil ataupun kompak untuk pasaran malaysia. Tapi adakah anda tahu di mana pusat atau kilang dimana kereta ini dibuat? .. jawapannya ialah ia di buat di Chonburi in Thailand.layan gambar2 dibawah sekitar lawatan baru2 ini.



Datuk Seri Syed Zainal Abidin Keluar Proton


Berita terkini dunia automotif negara kita tentang syarikat kereta nasional iaitu PROTON,  Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sudah sah akan melepaskan jawatannya berkuatkuasa 4 julai 2012.

Dan sementara itu Executive Chairman of Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil akan mengetuai syarikat multinasional itu. Sila baca kenyataan di bawah :

Tuesday 22 May 2012

Berpuak- puak di tempat kerja


Berpuak2 di tempat kerja.. pernah kah anda mengalami keadaan begini? klu pernah kita boleh kongsi bersama, bercerita di tempat kerja "kawan" ku ni berkisar bagaimana ada satu puak di bentuk secara tidak sengaja oleh pihak2 yg jenis mulut kecoh dan jenis suka bersukan.. sports person la smua ni. diorng ni apa2 program di tempat kerja mesti libatkan ahli2 dalam puak mereka sahaja dan claim2 akan dapat awok dia je la kiranya.. nak kata cemerlang dalam bekerja xde anugerah atau pencapaian dalam syarikat pun yg dapat. Tapi menurut ckap "kawan" ku ni ialah mulut team leader macam kecoh sgt..ketua puak ni adalah org berjawatan tnggi juga. Dan sebab dia lah terbentuknya puak2 ni secara xsengaja

ingat kita bukan selalu berada di atas, hidup bagaikan pusingan roda.. nanti tiba giliran kita di bawah dan sifat berpuak2 ni akan mendatangkan keburukan dan islam tidak menyukainya.

Monday 21 May 2012

Makna Bacaan Dalam Solat [rohani]

merupakan video terbaru dari hamba Allah untuk umat islam khasnya. makna bacaan solat dalam bahasa melayu supaya rakyat di luar sana mudah menghayati bacaan solat seharian.Menambahkan lagi khusuk dlam ibadat wajib kita :-)

Terkini...Samsung Galaxy S3


Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan Galaxy S III, siri telefon pintar generasi ketiga bagi Galaxy S yang memahami pergerakan pengguna sekali gus menawarkan kebolehgunaan secara maksimum.
Presiden merangkap Ketua Bahagian IT dan Komunikasinya, JK Shin berkata, Galaxy S III mempunyai pelbagai ciri menakjubkan antaranya, mengenali suara dan memahami niat serta membolehkan pengguna berkongsi saat menarik secara cepat dan mudah. 

"Sekiranya anda sedang menaip SMS kepada seseorang tetapi kemudiannya menukar hasrat dan ingin menelefon individu itu, anda hanya perlu melekapkan telefon ke telinga dan ia akan terus mendail nombor telefon orang berkenaan," katanya.


Berbanding telefon pintar lain, Samsung Galaxy S III menyediakan pengalaman canggih antara peranti dan pengguna. Ia mampu menyesuaikan diri dengan mana-mana individu serta cukup pintar untuk mengesan wajah, suara atau pergerakan pengguna.

Sunday 20 May 2012

Cara kreatif buat Penyapu dari Botol

Ilmu bergrafik mengajar bagaimana membuat penyapu dengan menggunakan beberapa botol plastik 1.5liter.
amat bagus dan sgt kreatif.

Sekitar Pelancaran Ferrari 458 Spider

Bermula harga RM1.9 hingga RM2.2 juta anda mampu memiliki Ferrari 458 Spider yg sebelum ni model 458 italia sudah di lancarkan.. kira ni macam adik dia la khas untuk pemilik lelaki yg mementingkan kelajuan dari kecantikan.. Bakal pemilik boleh menempah mengikut design dan colour yg dikehendaki (customize) dan berpeluang melawat kilang pemasangan di itali jika memilih pakej yg di tawarkan oleh pihak naza italia, berkuasa 562 hp at 9,000 rpm dan540 Nm at 6,000 rpm dan mampu mencapai kelajuan 320km/j..Juga mampu buka dan tutup bumbung hanya 14 saat.. so enjoy this picture..



Thursday 17 May 2012

Kemalangan Ferrari, Teksi di singapura

Sebuah kereta Ferrari 599 GTO bertembung dengan teksi di singapura Kejadian berlaku di persimpangan Jalan Rochor dan Victoria pada jam 4 pagi pada sabtu lepas. kesan dari pelanggaran itu enjin teksi tercampak keluar. ferarri ini di syaki melanggar lampu merah. Tiga kematian dalam kemalangan ini, pemandu ferrari warga china, pemandu teksi dan penumpang teksi. Sebagai rekod model Ferrrari 599 GTO merupakan kereta edisi terhad dan hanya 599 unit berada di atas muka bumi.. 


Volkswagen Malaysia

Volkswagen merupakan jenama yang gah di dalam dunia automotif.. Produk2 yang di keluarkan berkualiti tinggi termasuk la design, material yang digunakan ketahanan dan juga kelajuan walaupun kita perasaan di malaysia kereta yg di tawarkan hanya berkapasit 1.2 liter hingga 2.0 sahaja namun mampu memberi kelajuan yang setaraf enjin 2.0 ke atas.. Enjin yang digunakan kecil sekaligus menjimatkan minyak dan kebanyakan model GTI dilengkapi turbo. Di malaysia, pihak pengedar volkswagen malaysia sudah membawa masuk 18 model pelbagai jenis bermula dari MPV, SUV, normal Sedan dan Sport sedan dengan simbol R.


R-series

VW polo

Rumah lutsinar Hanya di Tokyo [konsep]

Konsep yang paling kreatif di sebalik projek ini adalah bahawa rumah  adalah pelbagai.Namun ia tidak mempunyai set lengkap tangga.Berkeluasan 914 square-foot dan rumah konsep ini memenangi Tokyo architect dan di reka oleh Sou Fujimoto. Dibina dari dinding kaca pelbagai bentuk dan saiz, mempunyai 21 "floor plates" untuk penghuni duduk, bekerja, memasak, makan, tidur atau bermain. sesetengah plates lantai disediakan sistem pemanasan bagi memberi keselesaaan pada musim sejuk.Hanya langsir digunakan sebagai melindungi ketika "melakukan" privacy ( cam mandi dan ke tandas)




Wednesday 16 May 2012

Rekaan Konsep Automotif Zaman Perang [gambar]

Zaman perang dunia dahulu pelbagai teknologi pelik2 di cipta khas untuk peperangan seperti senjata, kenderaan, alat komunikasi, alat penyeksaan dan banyak lagi.. Pencipta atau jurutera alat-alat ni semua kebnyakan di paksa oleh pemimpin perang pada waktu itu untuk memenangi peperangan terutamanya pihak nazi.. dan banyak juga tahan sampai la sekrang yg kebanyakannya dah berada di muzium.
entri kali ini mengetegahkan rekaan konsep automotif yg owesome dan ada antaranya yg pelik2.. Layan k.



Tuesday 15 May 2012

Promosi Performance parts Dan Bodykits Proton R3

PROTON Motorsports race sekarang mengadakan promosi untuk produk2 mereka iaitu performance kit dan juga bodykits original secara esklusif bagi pemilik kereta gen2, satria neo dan juga proton isnpira. Bagi mereka yang mahukan yang benar2 asli dan terbukti bagus, inilah masanya.

Maklumat lanjut sila lawati link ini Proton Motorsports. Promosi bermula dari 1 may 2012 sehingga 30 jun 2012

18,243 Bidaan Untuk Nombor 'WWW'


Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Beliau berkata, pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.
"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.

Garis Panduan Tertentu Dalam Sektor Minyak & Gas Akan Ditingkatkan

Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan garis panduan tertentu dalam sektor minyak dan gas di negara ini memandangkan sektor itu memerlukan tahap keselamatan dan spesifikasi risiko yang tinggi dalam pengendaliannya.


Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian memandang serius tahap keselamatan pekerja semasa bertugas dalam sektor ini kerana sudah dua kes berlaku melibatkan industri berkenaan dalam tempoh dua bulan.
Katanya kerajaan dan kementerian melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sememangnya memberi tumpuan yang tinggi kepada tahap keselamatan dalam semua industri, khasnya sektor minyak dan gas.

 "Walaupun kita sudah sediakan garis panduan tertentu yang sepatutnya dipatuhi, akan tetapi sekiranya ada keperluan memperbaiki untuk elakkan insiden sedemikian berlaku, kita akan buat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menghulurkan bantuan kepada Mohd Zamri Fithri Mat Noor, 25, yang masih koma akibat letupan loji gas di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, Selasa.


Kereta Miniature Trailers [gambar]

Ni la hasil kalu dah bosan dan hobi tambah-tambah duit banyak.. ni hasil mereka yg kreatif rakyat amerika sebagai minature kenderaan masing2.





Monday 14 May 2012

Mas kahwin negeri selangor..


Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 63

No. 3

4hb Februari 2010

TAMBAHAN No. 3

PERUNDANGAN
Sel. P.U. 3.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47

Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003
FATWA UNDER SECTION 47

Pursuant to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment and shall be deemed to have come into force on1 January 2010.
JADUAL/SCHEDULE

HUKUM PENETAPAN KADAR MASKAHWIN BAGI NEGERI SELANGOR
“Menetapkan had minima kadar nilai Maskahwin sebanyak RM 300.00 bagi anak
dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran
daripada pihak lelaki, ianya dikira sebagai Maskahwin”.

Bertarikh 31 Disember 2009
Dated 31 December 2009

[mais/pm/buu/01-3/007/7-1; PU. Sel. Agm. 0007. Jld. 2]
Dengan Titah Perintah/By Command

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/
Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

P/s : hurmm kna prepare rm300 awal2

Thursday 3 May 2012

Lamborghini Limited Edition for Malaysia

Hari ni 3 may 2012, pihak pengedar lamborghini malaysia telah melancarkan kereta lamborghini gallardo edisi terhad untuk pasaran malaysia sebanyak 20 unit dan menurut sumber harga sebuah tanpa insurans, roadtax dan duti ialah  RM868,000 . Manakala harga atas jalan ialah RM1,680,000. separuh dari harga kereta.. untuk para jutawan malaysia dikuasakan oleh enjin The LP550-2′s V10 engine berkeupayaan 550 hp dan 540 Nm, boleh mencapai 0- 100 km/h hanya dalam 3.9 saat dan top speed boleh mencapai 320 km/h.




Wednesday 2 May 2012

Biografi Agung Rasulullah

Biografi Agung Rasulullah ini perlu dimiliki umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda, yang diutus untuk umat akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.  

Pembaca yang mendambakan koleksi lengkap sirah nabi bermula sebelum kelahiran sehingga kewafatan Rasulullah SAW wajar memiliki naskhah terbitan Must Read Sdn Bhd yang diterjemah secara ringkas tanpa ayat berjela-jela, padat dan mudah difahami termasuk golongan kanak-kanak. 

Sebanyak 17 bab dirangkumkan dalam biografi setebal 368 halaman yang didahului salasilah keturunan Rasulullah SAW yang dizahirkan dalam bentuk carta alir berwarna yang bermula daripada rasul pertama, Nabi Adam.

Berbeza sama sekali dengan karya sirah atau biografi lain, Rusydi ternyata memahami kehendak pembaca semasa yang gemarkan gaya penulisan kontemporari. 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...