Pages

Click2 :)

Wednesday 30 May 2012

Kereta Sedan Mungkin Menjadi keluaran Seterusnya PERODUA


PERODUA sedang mengkaji kemungkinan mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini, kata pengarah urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh pada Rabu. 

Aminar bagaimanapun tidak memberikan butir lanjut.
"Ini adalah aspirasi saya. Jika ada peluang dan dibenarkan oleh rakan kongsi dan pemegang saham kami, ini adalah apa yang kami ingin lakukan," katanya kepada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Perodua Sales Sdn Bhd dan UMW Corporation Sdn Bhd.

Dipercayai Perodua mungkin akan bekerjasama dengan UMW Holdings Bhd untuk mengeluarkan model sedan.Aminar bagaimanapun berkata, Perodua tidak berminat untuk melabur dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik.



 "Adalah mahal untuk membina kereta-kereta ini dan kami tidak mempunyai teknologi dan fasiliti penyelidikan dan pembangunan," tambah beliau.


Di bawah MoU itu, Perodua membeli 25.6 hektar tanah di Serendah daripada UMW Corporation bernilai RM16.7 juta bagi pembinaan fasiliti baru dan untukpengembangan prasarana sedia ada.
Fasiliti tersebut adalah masjid, pusat penjagaan kanak-kanak, gimnasium mini, lapangan letak kereta tambahan dan prasarana utiliti.

Kemudahan-kemudahan tersebut akan disiapkan menjelang setengah tahun kedua 2013.
Mengenai pengembangan, Perodua bercadang untuk membelanjakan RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk mengembangkan fasiliti sedia ada.
Ini akan termasuk naik taraf kilang, pengembangan jaringan, penyelidikan dan pembangunan dan latihan pekerja.

Turut hadir pada acara itu adalah presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan UMW Corporation, Datuk Syed Hisyam Syed Wazir.

sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...