Pages

Click2 :)

Wednesday 6 June 2012

Siapa Pok Mang Di sisi Ustaz Azhar Idrus


Ramai orang terutamnya pengikut setia figura anak muda sekarang iaitu ustaz azhar yang belum mengetahui siapa Pok Mang yang selalu menjadi model fotografi Ustaz Azhar Idrus yang banyak di dalam site digitalmukmin.com?
adakah Pok Mang adalah model upahan Ustaz ?
 Di Ulasan Ustaz Azhar ketika di tanya pihak wartawan majalah anis,

" Pok Mang asalnya seornag nelayan yang mencari rezeki di laut pantai Terengganu. Saya mula mengenali beliau apabila saya pergi memancing di laut dengan menyewa botnya. Dia dikenali oleh rakan2 nelayan sebagai Man Dakwah atau Man Janggut dan berasal dari Kg. Ladang, Kuala Terengganu. Dia sangat berminat pada perkara-perkara yang berkaitan agama dan orangnya mudah mesra. "

" Apabila keadaan ekonominya tidak menentu kerana hasil tangkapan semakin berkurangan berikutan saingan bot2 nelayan luar, saya mengajak Pok Mang untuk bersama saya sebagai pembantu kuliah. Mulai saat itulah Pok Mang selalu bersama saya.

"Saya menjadikan Pok Mang sebagai model dalam kerja-kerja fotografi untuk menunjukkan kepada dunia fotografi, gambar yang cantik tidak semestinya menggunakan model-model wanita muda yang mendedahkan aurat. Hasilnya, Pok Mang sekarang sudah dikenali di seluruh negara dalam dunia fotrografi."


kata Ustaz azhar.

Sumber : Majalah anis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...