Pages

Click2 :)

Sunday 8 January 2012

Dush~ Komputer Berhabuk dan Kesannya



ishh.. pernah tengok keadaan komputer anda berhabuk macamni?? mungkin pernah atau mungkin langsung xambik kisah sebab tahu pakai je, pastu bila dah rosak perkakasan kat dalam komputer baru la anda kecoh nak bukak casing.

ni nampak ngan sekali imbas macam gambar di atas tapi bila kita belek dan teliti satu2 alat anda
akan jmpa macam gambar di bawah..

Ni merupakan Heatsink atau bahasa melayu sink haba yang mana terletak pada CPU atau prosessor kalau pada manusia di umpama otak kepada sistem komputer kerana semua prosess di laksanakan di CPU. Heatsink ni di gunakan sebagai penyejuk pada CPU kerana tanpanya komputer akan mengalami simptom seperti lembab, auto restart, suhu pada CPU meningkat mendadak kalu ade sensor CPU. 

 Ade pelbagai jenis Heatsink ,, ada yang bulat, segiempat dan ade yang mempunyai kipas pada bahagian atas bagi membuang haba pada heatsink. Mudah kata heatsink ni penting bagi CPU untuk proses penyejukan sistem utamanya.. So point nya disini ialah bayangkan jika ianya tersumbat oleh habuk yang banyak seperti gambar yang anda lihat.

 Habuk boleh menghalang proses penyejukan dan pengaliran haba pada heatsink dan akan menjadi punca utama suhu pada CPU dan sistem komputer pada amnya akan meningkat..

Tapi komputer sekarang ni ade sensor pada sistem mainboard dan akan autoshutdown jika suhu meningkat pada CPU mengikut suhu yang ditetapkan oleh pihak kilang pengeluar mainboard tersebut..

Kenapa autoshutdown??   Sebab sistem nak mengelakkan alat2 electronic rosak..

Jadi nya korang suma bersih lah sistem komputer dan juga casing  untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku..



Cuci atau bersihkan la komputer macam gambar di atas.. kerana ia akan memberi seribu satu kebaikan pada komputer anda untuk memanjangkan hayat komputer anda bukan reti guna je..

Nak lagi sedap anda kena leraikan satu2 komponen komputer tu dan bersihkan satu2..
Tapi kalu xreti anda boleh hubungi pihak kami untuk tolong dan ajar anda sekali bagaimana nak lakukan..

P/s : Sama macam penapis udara kereta atau motosikal,, kena buang haba untuk flow udara.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...