Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunanAntara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.
Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa.
Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.