Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Tuesday, 15 May 2012
18,243 Bidaan Untuk Nombor 'WWW'
Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.
"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.
Garis Panduan Tertentu Dalam Sektor Minyak & Gas Akan Ditingkatkan
Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan garis panduan tertentu dalam sektor minyak dan gas di negara ini memandangkan sektor itu memerlukan tahap keselamatan dan spesifikasi risiko yang tinggi dalam pengendaliannya.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian memandang serius tahap keselamatan pekerja semasa bertugas dalam sektor ini kerana sudah dua kes berlaku melibatkan industri berkenaan dalam tempoh dua bulan.
Katanya kerajaan dan kementerian melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sememangnya memberi tumpuan yang tinggi kepada tahap keselamatan dalam semua industri, khasnya sektor minyak dan gas.
"Walaupun kita sudah sediakan garis panduan tertentu yang sepatutnya dipatuhi, akan tetapi sekiranya ada keperluan memperbaiki untuk elakkan insiden sedemikian berlaku, kita akan buat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menghulurkan bantuan kepada Mohd Zamri Fithri Mat Noor, 25, yang masih koma akibat letupan loji gas di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, Selasa.

Monday, 30 April 2012
Pembunuh Tukul Besi
Dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata, seorang lelaki yang tidak mempunyai sejarah melakukan jenayah menyerang sebuah keluarga di Las Vegas dan membunuh seorang wanita serta anak perempuannya.
Serangan kejam tanpa motif itu membuatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tergamam dan keliru.
Susulan kejadian rogol dan kematian Ignacia Martinez, 38, serta anaknya, Karla Martinez yang berusia 10 tahun, polis menahan seorang pemuda Bryan Clay pada Jumaat lalu.
Clay, 22 dikatakan tiada hubungan langsung dengan keluarga mangsa.
"Ia merupakan kejadian orang asing membunuh seorang ibu dan anaknya, selain menyerang bapa mangsa," kata seorang pegawai polis, Leftenan Ray Steiber.
"Saya sudah bertugas selama 24 tahun. Anda tidak akan dapat melihat kes seperti ini. Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dikata," tambah Steiber.
Thursday, 19 April 2012
RM500,000 Untuk Plat Pendaftaran WWW?
![]() |
| No plat termahal di dunia.. milik pak arab.. harga $14 million. |
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.
"Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.
"Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter," katanya.
Penerbangan Terakhir ....
Daripada entri setelah tiga dekad berbakti akhirnya, dan kelmarin akhirnya di bawa mengelillingi US sebagai simbolik penamatan khidmatnya. Kapal angkasa Discovery yang diangkut di atas sebuah pesawat Boeing 747, melakukan penerbangan simbolik sebelum ia mendarat berhampiran sebuah muzium, tempat ia disimpan di ibu kota AS di sini kelmarin.
Discovery yang melakukan penerbangan sulung pada 1984, terbang mengelilingi ibu kota AS berkenaan selama sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.
Tuesday, 17 April 2012
Setelah Tiga Dekad Berbakti Akhirnya...
Selepas tiga dekat berkhidmat, Kapal pengangkut NASA yang tertua dan paling banyak digunakan dalam misi pengembaraan ke angkasa lepas, Discovery, memulakan hidup baru sebagai bahan pameran muzium pada 17 april baru2 ini. Sebagai rekod Kapal Discovery mula digunakan pada 30 August 1984.
Lelaki Teruna Miliki 82 Anak
Seorang lelaki teruna berusia 42 tahun, kini menjadi bapa kepada 82 anak dalam tempoh hanya sembilan tahun. Tidak cukup dengan itu, Ed Houben juga bakal mendapat 10 lagi anak tidak lama lagi.
Houben, 42, memiliki begitu banyak zuriat apabila dia meniduri kira-kira 15 wanita yang tidak mempunyai anak setiap bulan dalam usahanya merealisasikan impian mereka menjadi ibu.
Difahamkan, ketika ini Houben boleh dianggap pembuat anak profesional paling produktif di dunia dan aktivitinya itu pula dibenarkan undang-undang.
![]() |
| gambar hiasan |
Difahamkan, ketika ini Houben boleh dianggap pembuat anak profesional paling produktif di dunia dan aktivitinya itu pula dibenarkan undang-undang.
Sekitar Pelancaran Proton Preve [7 gambar]
Sebuah lagi kereta terbaru keluaran proton yang baru di lancar kan oleh perdana menteri malaysia datuk seri najib. Pelbagai varian di perkenal. Pagi tadi sempat juga saya menjengah proton preve kat proton edar SMNY kubang kurus chukai kemaman.. Pada mereka yang nak tahu lagi lanjut.. boleh la melawat pusat proton terdekat.
Sunday, 15 April 2012
Nur Suryani Mohamed Taibi Akan Tetap Bertanding Di Olimpik
Nur Suryani Mohamed Taibi tetap akan bertanding di sukan olimpik London walaupun pada hari acara itu berlangsung kandungan beliau sudah pun mencecah 8 bulan.
Penembak negara itu dijadualkan mengambil bahagian dalam acara 10m air raifal pada musim panas ini.
Doktor beliau telah memberikan kebenaran untuk bersaing dalam kejohanan tersebut dan suaminya juga tidak menghalang selagi suriyani merasakan dia bertenaga serta sihat.
Friday, 13 April 2012
Fenomena Halo Dikesan Berlaku di Alor Setar
Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.
Penyebar SMS Porno Di siasat
Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit) akan menyiasat kira-kira 150 syarikat yang mungkin terlibat dengan penyebaran maklumat lucah dan permainan terselindung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Presiden Perbit, Mohd. Ali Ibrahim berkata, siasatan itu akan diadakan bersama dengan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kita akan kaji sama ada perkhidmatan yang syarikat telekomunikasi (Telco) sediakan adalah benar-benar telus ataupun mempunyai unsur penipuan.
"Jika ada yang terbukti salah, mereka akan diserahkan kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya ketika dihubungi semalam.

BAM, Rexy berpisah
SETELAH hampir tujuh tahun, ‘jodoh’ ketua jurulatih beregu wanita, Rexy Mainaky dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berakhir.
Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan bahawa Rexy telah meletak jawatan sebagai jurulatih badan induk sukan badminton negara itu.
Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan bahawa Rexy telah meletak jawatan sebagai jurulatih badan induk sukan badminton negara itu.
Wednesday, 11 April 2012
Gempa Bumi 8.7 Magnitud Melanda Aceh [berita]
Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.
Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.
Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.
Peristiwa 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnhkan sebahagian besar Aceh. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri

| penduduk aceh bepusu2 keluar dari bandar aceh mencari tempat selamat |
Peristiwa 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnhkan sebahagian besar Aceh. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri
Wednesday, 4 April 2012
Safee Sali cerai isterinya talak satu [Berita]
SHAH ALAM - Penyerang kebangsaan Safee Sali bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.Bagaimanapun, Safee seolah-olah melarikan diri dari media mengenai penceraiannya dan hanya Sabarina membuat pengesahan itu kepada media.
Kelibat jutawan bola sepak itu, pada awalnya kelihatan di pintu lif mahkamah, namun beliau terus memasuki kereta bersama peguamnya, Ahmad Nazeb Johari.
Ezura Nashuha menjelaskan, anak guamnya bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
Kenderaan Tiada Tali Pinggang Keselamatan Ketiga Mula Disaman Tahun Ini [Berita]
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula menyaman para pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan memasang tali pinggang keselamatan ketiga pada kenderaan mereka, sejak awal tahun ini.
Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamed yang mengingatkan orang ramai mengenai penguatkuasaan peraturan itu berkata pihaknya amat mengharapkan kerjasama orang ramai menjadikan amalan menitikberatkan soal keselamatan sebagai satu budaya, dan bukan hanya melihatnya daripada segi penguatkuasaan semata-mata.
"Penguatkuasaan perlu dilihat ada unsur-unsur pendidikan, untuk didik orang ramai supaya semua memainkan peranan mematuhi undang-undang, demi keselamatan, bukan soal tindakan tegas semata-mata," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Biro Perkhidmatan dan Pengaduan Awam parti Gerakan serta wakil Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan di pejabat JPJ di sini.
Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamed yang mengingatkan orang ramai mengenai penguatkuasaan peraturan itu berkata pihaknya amat mengharapkan kerjasama orang ramai menjadikan amalan menitikberatkan soal keselamatan sebagai satu budaya, dan bukan hanya melihatnya daripada segi penguatkuasaan semata-mata."Penguatkuasaan perlu dilihat ada unsur-unsur pendidikan, untuk didik orang ramai supaya semua memainkan peranan mematuhi undang-undang, demi keselamatan, bukan soal tindakan tegas semata-mata," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Biro Perkhidmatan dan Pengaduan Awam parti Gerakan serta wakil Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan di pejabat JPJ di sini.
Tuesday, 3 April 2012
Harga RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 seliter [Berita]
Harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen mulai tengah malam ini - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter.
Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.
Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini.
Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Monday, 2 April 2012
Sushi paling mahal di dunia [Berita]
Seorang chef terkenal, Angelito Araneta Jr. membuat semula susyi paling mahal di dunia di sini semalam. Susyi itu dihiasi dengan beberapa berlian Afrika dan mutiara.
Araneta telah diiktiraf Guinness World Records pada tahun 2010 sebagai pencipta susyi yang paling mahal di dunia.
Araneta telah diiktiraf Guinness World Records pada tahun 2010 sebagai pencipta susyi yang paling mahal di dunia.
Sunday, 1 April 2012
Kereta Baru Zizan Raja Lawak
Wow.. zizan baru beli kerete mitsubishi evo 10 dari mutiara motor.. Kereta ni sudah pun di tune kan khas untuk zizan dengan Performance Part M7 dan menurut sumber kuasa kuda kereta ni mencecah 480 Hp.. mmg berdesup la laju. Sebelum ni zizan pakai subaru impreza
Replika Titanoboa Dipamer
Titanoboa merupakan ular prasejarah terbesar pada zaman tersebut bahkan tiada satu pun yang dapat menandingi saiz dan kekuatan ular ini. Jika dibandingkan dengan anaconda jauh sekali kerana menurut ahli prasejarah haiwan ini sebesar bas sekolah dan boleh mencecah 16 meter.
Akibat Cabul Wanita Tempatan, Lelaki Nigeria Mati Dipukul [Berita]
KUALA LUMPUR: Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)