Pages

Click2 :)

Wednesday 15 August 2012

Gadis dirogol, dibunuh

KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.

Pengunaan Pengesan AES oleh PDRM

Dalam usaha mendidik masyarakat mematuhi undang2 jalan raya, ops selamat diperkenalkan oleh PDRM menggantikan ops sikap.. walaupun begitu tugas2 polis adalah sama cuma ada penggunaan teknologi di pertingkatkan dengan penggunaan sistem pengesan AES (Automatic enforcement system) hasil dari kerjasama JPJ, MIROS, PDRM dan JKJR..


Penggunaan teknologi sistem akan memungkinkan beberapa kamera pengesan di beberapa lokasi "panas" yg sentiasa berlaku kemalangan bagi memerangkap kenderaan yg dipandu laju dengan lebih tepat serta detail..

AES akan merakam pengguna yg melakukan kesalahan sahaja iaitu kesalahn memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat di persimpangan. Menerusi sistem ini pesalah trafik akan dirakam secara automatik tidak kira siang atau malam dan menurut pihak PDRM ia nya akan beroperasi 24 jam dan sepanjang tahun kerana ia tidak menggunakan manpower untuk beroperasi..


Wednesday 1 August 2012

BMW HP4 supersports bike dari acuan S1000RR


BMW telah melancarkan model terbaru motosikal berkuasa tinggi yang akan memasuki adik beradik high Performance (HP) iaitu model BMW HP4, seperti juga adik beradik HP sperti HP2 Enduro, HP2 Megamoto and HP2 Sport yang semua mengikut model Motorrad sedia ada dan mungkin para peminat superbike perasan model ini dari segi luaran adalah lebih kurang sama dengan BMW S1000RR yang mendapat gelaran superbike terpantas.

Di bekalkan dengan Dynamic Damping Control DDC system, yang membenarkan rendaman dinamik pada fork dan juga spring absober. Ini menjanjikan kawalan yang lebih baik dalam kelajuan tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...