Pages

Click2 :)

Monday 30 April 2012

Zizan Raja Lawak Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot.

Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut.
"Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.

"Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami 'Acute Myositis' atau lebih dikenali dengan keradangan otot.

Pembunuh Tukul Besi


Dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata, seorang lelaki yang tidak mempunyai sejarah melakukan jenayah menyerang sebuah keluarga di Las Vegas dan membunuh seorang wanita serta anak perempuannya.

Serangan kejam tanpa motif itu membuatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tergamam dan keliru.
Susulan kejadian rogol dan kematian Ignacia Martinez, 38, serta anaknya, Karla Martinez yang berusia 10 tahun, polis menahan seorang pemuda Bryan Clay pada Jumaat lalu.

Clay, 22 dikatakan tiada hubungan langsung dengan keluarga mangsa.
"Ia merupakan kejadian orang asing membunuh seorang ibu dan anaknya, selain menyerang bapa mangsa," kata seorang pegawai polis, Leftenan Ray Steiber.
"Saya sudah bertugas selama 24 tahun. Anda tidak akan dapat melihat kes seperti ini. Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dikata," tambah Steiber.


Sunday 29 April 2012

5 Makanan Popular Dari INDONESIA

Memandangkan artikel ni dari indonesia so admin xubah bahasa.. harap korang faham bahasa indonesia.. kan suka tgk sinetron ptg2..heheh

1. GADO-GADO



Gado-gado adalah salah satu makanan yang berasal dari Indonesia yang berupa sayur-sayuran yang direbus dan dicampur jadi satu, dengan bumbu atau saus dari kacang tanah yang dihaluskan disertai irisan telur dan di atasnya ditaburkan bawang goreng. Sedikit emping goreng atau kerupuk (ada juga yang memakai kerupuk udang) juga ditambahkan.

Gado-gado dapat dimakan begitu saja seperti salad dengan bumbu/saus kacang, tapi juga dapat dimakan beserta nasi putih atau kadang-kadang juga disajikan dengan lontong. 



Thursday 26 April 2012

Hukum Gantung Gambar Bernyawa

Hukum gantung gambar bernyawa
Oleh : Ustaz Azhar Idrus


Penjelasan 
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”


Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Filem Aksi Terbaik Dari Indonesia - The Raid

Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunanAntara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.

 Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa.

Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Bila Proton Preve Sedan Jadi Hatchback

Ni adalah design dari Theophilus chin website.. Kalu proton kluarkan model ni aku nak beli.. nampak kemas



Sunday 22 April 2012

Lagu Tema Cetusan Hati Dan Dedikasi Sinar.fm

Layan muzik yang menusuk kalbu..


Zizan Raja Lawak Ulas Isu Dira


Baru-baru ini, Zizan (Raja Lawak) atau Zizan Razak, telah diminta untuk mengulas mengenai isu Dira atau Dira Abu Zahar dan juga dakwaan mengenai pengacara "Melodi" itu yang telah terlibat dengan kes memukul seorang wanita di sebuah kelab malam.


Pasangan Terbaik Dunia Filem [8 gambar]


Shaq Dan Kekasih... Mendongak langit..

Shaquille O'Neal merupakan pemain basketeball untuk pasukan boston celtic di liga NBA amerika syarikat.
mempunyai ketinggina 7 kaki 1 inci. Tapi cuma anda lihat perbezaan ketinggian teman wanita shaq iaitu Nicole Alexander 'Hoopz yang hanya berketinggian 5 kaki 2 inci. Ketinggian tiada masalah bagi mereka berdua.

Saturday 21 April 2012

Proton Terima Tempahan 2,800 Unit Preve

Proton Holdings Bhd, yang setakat ini menerima 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan, Proton Preve, akan mula memasarkan kereta itu di Indonesia dan Thailand pada pertengahan tahun ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir hari ini.
"Sejak dilancarkan, kami merekodkan tempahan sebanyak 2,800 unit. Kami mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Friday 20 April 2012

Pewangi Tin Dalam Kereta Meletup

Ni kejadian sebenar yang berlaku pada seorang kawan.. dan akibat nya cermin kereta beliau pecah..

Bangsa Yang Mula- Mula Mengasaskan Universiti


Persepsi ramai orang termasuk admin sendiri terhadap bangsa mana yang mula mengasaskan universiti, Dimana asal2 jubah yg digunakan semasa konvo, Mortarboard dan sebagainya.. Baca artikel di bawah :

Dan jubah yang dipakai oleh graduat tu jubah apa? BUKAN JUBAH YAHUDI atau POOP, tetapi JUBAH ORANG ARAB!!

Hukum Scan bayi

Soalan :
 Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?



Adakah anda tahu ?

Ni hanya sekadar gurauan ye.. bukan betul.. just berkongsi

Thursday 19 April 2012

7 Foto Menakjubkan - Photo dari udara

Fotografi di udara boleh menghasilkan gambar-gambar yang sangat cantik, Dalam gambar2 ini admin ingin berkongsi foto yang mempesonakan di udara dan gambar ini dari pelbagai negara.Kami hanya berkongsi sebagai sumber ilham kepada anda. rehatkan otak anda dengan pemandangan hijau dari udara. 


RM500,000 Untuk Plat Pendaftaran WWW?

No plat termahal di dunia.. milik pak arab.. harga $14 million.
Pembidaan untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan "WWW" hanya bermula pada 30 April tetapi nombor giliran hampir habis dijual.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.
"Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.
"Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter," katanya.

Keadaan Titanic Selepas 100 tahun

Selepas 100 tahun kejadian karamnya kapal titanic, pihak national geographic telah ke tempat kejadian untuk melihat dan merakam gambar terbaru selepas 1 abad tersadai di dasar laut. Sebagai rekod  kapal titanic karam pada April 15, 1912 akibat terlanggar bongkah glasier.

Penerbangan Terakhir ....


Daripada entri setelah tiga dekad berbakti akhirnya, dan kelmarin akhirnya di bawa mengelillingi US sebagai simbolik penamatan khidmatnya. Kapal angkasa Discovery yang diangkut di atas sebuah pesawat Boeing 747, melakukan penerbangan simbolik sebelum ia mendarat berhampiran sebuah muzium, tempat ia disimpan di ibu kota AS di sini kelmarin.

Discovery yang melakukan penerbangan sulung pada 1984, terbang mengelilingi ibu kota AS berkenaan selama sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.

Wednesday 18 April 2012

Harry Winston Opus 12 Watch [video]

Entri Video ini bukannya mengetengahkan kecanggihan tetapi ingin menunjukkan animasi yang bagi admin sangat hebat dan menarik. Anda akan mengagumi animasi ini.. not just a watch 

Aire Mask: Jana Elektrik Dengan Pernafasan [4 gambar]

Ciptaan yang mendapat anugerah reka bentuk Red Dot design rekaan Joao Paulo Lammoglia, Dan macam topeng darth vader (star wars). Dalam pencarian sumber tenaga boleh diperbaharui, rekaan ini masuk akal. Berfungsi apabila nafas atau hembusan nafas seseorang yang akan mengerakkan turbin di dalam topeng ini dan turbin akan menjana elektrik. Walaupun hasil output elekrtik yang kecil, tapi mampu menjana elektrik untuk mengecas handphone seperti gambar di bawah.


Wanita tercantik Di dunia.. Apa pendapat Anda [7 gambar]

Bagi admin kecantikan terletak pada mata pemerhati itu. Wajah dibawah milik wanita Fathima Kulsum Zohar Godabari. Fathima Kulsum Zohar Godabar kini Permaisuri Arab Saudi. Dan pada kebiasaan Fathima sentiasa memakai hijab yang menuntupi wajah nya. Dan beberapa hari lepas gambar tanpa hijab telah ter"keluar" di internet dan dunia dapat melihat kecantikan wajahnya buat pertama kali.Mingkin juga wanita tercantik di dunia dan yg pastinya ianya semulajadi.   


Bandingan Rumah dan Kereta

Sebuah rumah untuk harga sebuah SUV? Itulah yang munasabah diberikan untuk rumah. Bagaimana rumah dengan harga sebuah Fiesta Ford? Walaupun kebanyakan orang tidak fikir hartanah dalam harga relatif kereta, ada rumah di beberapa bahagian Amerika Syarikat yang harga rumah yang boleh juga anda lihat di wakil jualan auto.Tidak bercakap tentang sebuah rumah berharga pada nilai  $ 150,000, yang mirip kepada harga  sebuah Aston Martin. Rumah-rumah yang dipaparkan di bawah juga berharga nilai kereta standard seperti Nissans, Hondas, Ford dan mungkin juga proton Preve..@_@.

1. For sale: $54,900
 
 Harga sekitar $55,000, Rumah witcha mempunyai 2 bilik tidur, 1 bilik mandi, dapur, pintu dan atap baru. Nilaian adalah sama dengan 2012 Mercedes Benz E-class

Tuesday 17 April 2012

Setelah Tiga Dekad Berbakti Akhirnya...

Selepas tiga dekat berkhidmat, Kapal pengangkut NASA yang tertua dan paling banyak digunakan dalam misi pengembaraan ke angkasa lepas, Discovery, memulakan hidup baru sebagai bahan pameran muzium pada 17 april baru2 ini. Sebagai rekod Kapal Discovery mula digunakan pada 30 August 1984.



Lelaki Teruna Miliki 82 Anak

Seorang lelaki teruna berusia 42 tahun, kini menjadi bapa kepada 82 anak dalam tempoh hanya sembilan tahun. Tidak cukup dengan itu, Ed Houben juga bakal mendapat 10 lagi anak tidak lama lagi.

gambar hiasan
Houben, 42, memiliki begitu banyak zuriat apabila dia meniduri kira-kira 15 wanita yang tidak mempunyai anak setiap bulan dalam usahanya merealisasikan impian mereka menjadi ibu.

Difahamkan, ketika ini Houben boleh dianggap pembuat anak profesional paling produktif di dunia dan aktivitinya itu pula dibenarkan undang-undang.

Proton Preve [Video]

Sekitar Pelancaran Proton Preve [7 gambar]

Sebuah lagi kereta terbaru keluaran proton yang baru di lancar kan oleh perdana menteri malaysia datuk seri najib. Pelbagai varian di perkenal. Pagi tadi sempat juga saya menjengah proton preve kat proton edar SMNY kubang kurus chukai kemaman.. Pada mereka yang nak tahu lagi lanjut.. boleh la melawat pusat proton terdekat.

Monday 16 April 2012

Bob Kuman Hanya Mempunyai RM36 Dalam Akaun Simpanan, Perlukan Bantuan


Runtun juga hati kami apabila membaca artikel terbaru daripada wartawan Mazidul Akmal Sidik yang sempat melawat keadaan kesihatan pelawak juga pelakon, Bob Kuman.
Bob Kuman kini menurut wartawan tersebut sedang terlantar & sukar untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, KotaDamansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bandingan Buah Epal Dengan Syarikat Apple

Apple to Apples

Created by: MBAOnline.com

Sunday 15 April 2012

Antara Karya2 Hebat [14 gambar-


Hanya Mengingatkan Anda

Jawap panggilan menggunakan telinga kiri

Stadium Terapung di Singapore [gambar]

Stadium Terapun di Marina Bay, yang juga dikenali sebagai Platform Terapung Marina Bay, pentas terapung yang terbesar di dunia. Ia terletak di air Reservoir Marina, di Marina Bay, Singapura.
Dibuat sepenuhnya dari keluli dan berukuran 120 meter panjang dan 83 meter lebar, 5% lebih besar daripada padang bola sepak di Stadium Nasional. Platform  menampung bebanan 1070 tan metrik, bersamaan dengan jumlah berat 9,000 orang, 200 tan metrik prop pentas dan tiga 30 tan kenderaan tentera. mempunyai kapasiti 30,000 orang.



Bila cinta menjadi haram?

Menjatuhkan haram pada perasaan ialah apabila ianya menimbulkan kerosakan dan kemudharatan dari sebab memiliki perasaan cinta itu. Misalnya cinta kepada seorang wanita sehingga dirinya (lelaki) melakukan pelbagai perkara haram maka ketika itu cinta ini sudah bertukar kepada haram.

Demikian seorang isteri yang pernah memiliki cinta pertama dengan seorang lelaki sebelum suaminya. Sekiranya cinta pertamanya itu tidak menjejaskan kesetiaan, tanggungjawab dan kasih sayangnya kepada suami dan cinta pertama itu hanya dihati dan menjadi kenangan tanpa pernah mengakibatkan apa-apa kekurangan dalam tanggungjawab dan cintanya pada suami sekarang maka tidaklah dirinya berdosa.

Hukum wanita ambil gambar



Soalan :
apa hukum jika fotographer wanita berkumpul sekali dgn fotographer lelaki dgn tujuan untuk pergi ambil gambar dan belajar sama-2 dan bukan niat untuk bersuka antara lelaki

Aksesori Iphone Dari Mobislyder

Satu lagi aksesori untuk iphone. Sebagaimana di ketahui kualiti kamera iphone bagus dan boleh kualti setaraf kamera dslr, bagi pengguna biasa pun mampu menangkap gambar dan video yang berkualiti.
Walaupun begitu terdapat masalah bagi mengambil video memandangkan tangan manusia tidak dapat mengawal gegaran tangan. Tangan kita bukan nya tngan robot kan..
So tercipta la gadget untuk iphone dari syarikat Mobislyder. Juga sesuai untuk kamera biasa


Kereta Kebal DIY [gambar]

Owesome.. itu la dapat di gambarkan bagaimana buat kereta kebal dengan hasil tangan do it yourself (DIY)
ni kemungkinan belah2 UK kot buat cmni.. bijak kan


3G - Guy Goreng Guitar

Sekali dengar terus terpikat..sedap di dengar.

Nur Suryani Mohamed Taibi Akan Tetap Bertanding Di Olimpik



Nur Suryani Mohamed Taibi tetap akan bertanding di sukan olimpik London walaupun pada hari acara itu berlangsung kandungan beliau sudah pun mencecah 8 bulan.

Penembak negara itu dijadualkan mengambil bahagian dalam acara 10m air raifal pada musim panas ini. 
Doktor beliau telah memberikan kebenaran untuk bersaing dalam kejohanan tersebut dan suaminya juga tidak menghalang selagi suriyani merasakan dia bertenaga serta sihat.

Saturday 14 April 2012

Rahsia Surah Al-Kauthsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud 
sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan 
cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan 
lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan
ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

Ferrari Special Edition 458 Italia Untuk China [gambar]

Tahun ini merupakan tahun ke 20 ferrari berada di pasaran negara china. Dan sempena meraikan ulangtahun dan sebagai menghargai peminat2 ferarri, ferrari telah mengeluarkan edisi terhad model italia 458 sebanyak 20 unit dan untuk pasaran di china sahaja. Berinspirasikan tema longma dalam peribahasa cina yang bermaksud "azam dan semangat lagenda naga-kuda".



Kelebihan Bercium

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan….
bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

  • Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
  • Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
  • Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.
  • Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

The Avengers [Trailer]

Bakal Menemui anda yang berada di malaysia akhir bulan mei ini.. Filem wajib tengok.. :)

Friday 13 April 2012

Beza antara membalut dan menutup aurat :-)

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”

Cara baca Al-Fatihah dengan betul

sama2 la kita perbaiki bacaan kita dalam solat

Gambar Yang Jarang Di lihat

Gambar yg dirakam yang mana jarang-jarang kita temui.. dan ianya realiti. Bukan photoshop k


Hebat dia

Fenomena Halo Dikesan Berlaku di Alor Setar

Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.


Selebriti Dan Haiwan peliharaan [Gambar]



Penyebar SMS Porno Di siasat

Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit) akan menyiasat kira-kira 150 syarikat yang mungkin terlibat dengan penyebaran maklumat lucah dan permainan terselindung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Presiden Perbit, Mohd. Ali Ibrahim berkata, siasatan itu akan diadakan bersama dengan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Kita akan kaji sama ada perkhidmatan yang syarikat telekomunikasi (Telco) sediakan adalah benar-benar telus ataupun mempunyai unsur penipuan.

"Jika ada yang terbukti salah, mereka akan diserahkan kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya ketika dihubungi semalam.

BAM, Rexy berpisah

SETELAH hampir tujuh tahun, ‘jodoh’ ketua jurulatih beregu wanita, Rexy Mainaky dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berakhir.
Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan bahawa Rexy telah meletak jawatan sebagai jurulatih badan induk sukan badminton negara itu.


Rita Redha Menjadi Ibu Tunggal

SETELAH empat bulan ditinggalkan tanpa mendapat sebarang nafkah, akhirnya pelakon popular Rita Rudaini Mokhtar terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan diceraikan oleh suaminya iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.

Lebih perit, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang sudah memfailkan penceraian mereka sehari sebelum dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Biarpun terpaksa menelan hakikat yang dia bakal diceraikan oleh suaminya pada bila-bila masa, ternyata pelakon yang pernah popular menerusi filem Mami Jarum itu masih mampu kelihatan tenang.

Ashton Kutcher Berlakon Sebagai Steve Jobs?

Ashton kutcher di khabarkan sudah bersedia dan bersetuju untuk memegang watak sebagai Steve Jobs iaitu pengasas syarikat Apple dalam sebuah filem.

Filem yang di beri nama 'jobs' mengisahkan bagaimana steve jobs mula2 mengasaskan syarikat apple di sebalik kejayaan 2 produk apple , iphone dan tablet ipad 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...