Pages

Click2 :)

Thursday 19 April 2012

RM500,000 Untuk Plat Pendaftaran WWW?

No plat termahal di dunia.. milik pak arab.. harga $14 million.
Pembidaan untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan "WWW" hanya bermula pada 30 April tetapi nombor giliran hampir habis dijual.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.
"Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.
"Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter," katanya.

Berharga $6.2 million
Nombor giliran diperlukan bagi orang ramai yang ingin mengemukakan bidaan mereka untuk nombor pendaftaran dan dijual pada harga RM10 setiap nombor.
Bidaan hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Kuala Lumpur di Wangsa Maju, Bandar Sri Permaisuri dan Maju Junction.

Mohd Nadzri berkata satu nombor giliran adalah sah untuk satu tawaran bidaan sahaja dan meramalkan bahawa nombor pendaftaran "WWW" boleh menarik tawaran setinggi RM500, 000.
"Kami telah menerima beberapa tawaran bidaan melebihi RM400, 000," katanya tetapi enggan mendedahkan nombor tersebut.

Kementerian Pengangkutan menjangkakan plat nombor pendaftaran "WWW" bakal memecah rekod sebagai yang paling mahal.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata salah satu sebab orang ramai begitu berminat dengan nombor pendaftaran ini ialah kerana ia adalah singkatan di Internet atau "World Wide Web'.
"Berdasarkan minat yang ditunjukkan, kami percaya nombor pendaftaran ini tidak akan hanya menjadi rebutan, tetapi akan mencatat rekod untuk harga tempahan tertinggi.

"Nombor "angka tunggal" seperti WWW 1, WWW 3, WWW 8 serta WWW 11, WWW 33 dan WWW 88 dijangka akan menjadi rebutan," katanya.
 Bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan di negara ini setakat ini adalah MCA1, dibeli dengan harga RM300,100 pada tahun 2010, mengatasi rekod sebelumnya dikeluarkan di Terengganu sebanyak RM242, 000 untuk nombor pendaftaran TAY1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...