Pages

Click2 :)

Friday 13 April 2012

Penyebar SMS Porno Di siasat

Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit) akan menyiasat kira-kira 150 syarikat yang mungkin terlibat dengan penyebaran maklumat lucah dan permainan terselindung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Presiden Perbit, Mohd. Ali Ibrahim berkata, siasatan itu akan diadakan bersama dengan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Kita akan kaji sama ada perkhidmatan yang syarikat telekomunikasi (Telco) sediakan adalah benar-benar telus ataupun mempunyai unsur penipuan.

"Jika ada yang terbukti salah, mereka akan diserahkan kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...