Pages

Click2 :)

Thursday 19 April 2012

Penerbangan Terakhir ....


Daripada entri setelah tiga dekad berbakti akhirnya, dan kelmarin akhirnya di bawa mengelillingi US sebagai simbolik penamatan khidmatnya. Kapal angkasa Discovery yang diangkut di atas sebuah pesawat Boeing 747, melakukan penerbangan simbolik sebelum ia mendarat berhampiran sebuah muzium, tempat ia disimpan di ibu kota AS di sini kelmarin.

Discovery yang melakukan penerbangan sulung pada 1984, terbang mengelilingi ibu kota AS berkenaan selama sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.
Kapal angkasa berwarna hitam dan putih milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) itu kelihatan lusuh selepas melakukan 39 misi ke angkasa lepas.
"Ia seperti menghantar ahli keluarga anda menetap di tempat lain," kata seorang angkasawan NASA, Nicole Stott.

Discovery melakukan misi terakhir ke angkasa lepas pada Februari dan Mac tahun lalu melibatkan perjalanan pergi balik ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mengambil masa 13 hari.
Daripada tiga buah kapal angkasa milik AS termasuk Endeavour dan Atlantis, Discovery adalah yang tertua dan paling kerap terbang ke angkasa lepas.

Pusat kawalan NASA menyatakan, Discovery menghabiskan masa 365 hari di angkasa lepas dan terbang sejauh 241 juta kilometer sepanjang perkhidmatan kapal angkasa berkenaan.

Sumber ; Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...