Pages

Click2 :)

Sunday 1 April 2012

Lagu Bawaku Pergi Diharamkan


Lagu popular yang sering bermain di corong2 radio nyanyian zizan raja lawak dan kaka akhirnya di hentikan atas arahan kerajaan kerana menimbulkan  kontroversi kerana mengandungi

 lirik yang mengajak anak remaja lari dari rumah; antara lirik nya  :


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Memandangkan sekarang isu remaja perempuan lari mengikut kekasih semakin banyak berlaku. Kerajaan menyedari lagu ini mempunyai unsur penggalak anak remaja dan terus membuat keputusan untuk menghentikan penyiran lagu ini. Komposer lagu ini, malique sudah pun menerima surat dari kerajaan mengenai hal ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...