Pages

Click2 :)

Monday 16 April 2012

Bob Kuman Hanya Mempunyai RM36 Dalam Akaun Simpanan, Perlukan Bantuan


Runtun juga hati kami apabila membaca artikel terbaru daripada wartawan Mazidul Akmal Sidik yang sempat melawat keadaan kesihatan pelawak juga pelakon, Bob Kuman.
Bob Kuman kini menurut wartawan tersebut sedang terlantar & sukar untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, KotaDamansara, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Bob Kuman, semuanya bermula apabila beliau terjatuh di Hulu Langat ketika penggambaran drama TV Jangan Pandang Belakang Congkak sekitar tahun 2011 & terpaksa memandu sendiri ke hospital ketika itu.
Keluar sahaja dari rawatan, hospital memberitahu yang beliau berhutang RM7,000 kos perubatan & Bob Kuman berkata pihak penerbitan drama tersebut tidak sedikit pun membantu.
Sehingga ke artikel ini di’tulis, Bob Kuman berkata beliau sudah menjelaskan sebahagian besar kos perubatan tersebut & kini hanya berbaki RM3,600 tetapi beliau hanya ada RM36 dalam akaun Maybank beliau semalam.
Berita terbaru dari Mazidul Akmal Sidik, akaun Maybank Bob Kuman kini di’bekukan kemungkinan besar kerana transaksi yang terlalu kerap dalam tempoh 24 jam yang lepas. 
Namun ini bukan bermakna anda tidak perlu membantu. Teruskan menghulur bantuan anda seikhlas mungkin ke akaun bank Bob Kuman  (HUSNI MOHD RAWI – Maybank – 112371007047).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...