Pages

Click2 :)

Tuesday 3 April 2012

Adakah anda pemadam bagi pencil?


Pencil: Saya minta maaf...

Eraser: Untuk apa? Awak tidak melakukan ape2 kesalahan..


Pencil: Saya minta maaf kerana kamu terluka sebab saya. Apabila saya melakukan kesilapan, awak sentiasa memadamnya. Tetapi setiap kali kamu memadam kan kesalahan, kamu kehilangan sebahagian dari badan dan menjadikan kamu semakin kecil setiap hari.


Eraser: Itu betul, tetapi aku tidak kisah. Sememangnya aku tercipta untuk itu. aku Dicipta untuk membantu kamu bila kamu melakukan kesalahan. Walaupun satu hari nanti, aku tahu aku akan hilang dan kamu akan menggantikan dengan pemadam yang baru. Aku gembira dengan tugas ku. Jadi, tolong hentikan kerisauan mu itu.. Aku benci melihatnya  :) 


Perbualan antara pemadam dan pencil menjadi inspirasi. Ibubapa seperti pemadam dan anak2 sebagai pencil.
Mereka sentiasa ada untuk anak-anak mereka, membersihkan kesilapan mereka. Kadangkala, di sepanjang jalan ... mereka terluka, dan menjadi lebih kecil (lebih tua, dan akhirnya meninggal dunia). Walaupun anak-anak mereka akhirnya akan menemui seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa masih gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak-anak mereka, dan akan  membenci melihat anak2 mereka bimbang atau sedih.

P/s : Untuk semua ibu bapa di luar sana 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...